Apa itu pothole??
Iaitu lubang di permukaan jalan, berukuran tidak kurang 200 mm garispusat (tetapi tidak melebihi 1000 mm) dan tidak kurang 25 mm dalam. Lubang yang lebih besar dikira berpunca dari kelemahan struktur 'pavement' dan dirawat di bawah program penyelenggaraan berkala.
Korang pernah nampak kan lubang seperti ini? Kesan nya boleh menyebabkan keselamatan kepada pengguna.
Korang tahu tak kenapa pavemen boleh terjadi seperti dalam gambar?
Punca utamanya adalah disebabkan AIR. Air adalah kegagalan utama pada sesuatu struktur.. tak kisah lah struktur rumah atau jalan dll.. Kenapa? Sebab semua struktur yang dibina berada di atas 'subgrade'..so 'subgrade' akan terjejas sekiranya kandungan air dalam tanah banyak, samada mengalami mendapan atau tanah runtuh.. Kita masuk pada topik kita, terjadinya potholes disebabkan kegagalan pavemen menampung beban trafik. Pada mulanya, ia menghasilkan lubang yang agak kecil tapi disebabkan air hujan memenuhi lubang tersebut dan disitulah akan berlakukan tekanan hidraulik. Beban trafik akan membentuk tekanan hidraulik ke atas air yang terperangkap di dalam retakan tersebut. Tekanan ini akan merebak ke kawasan yang belum retak, lalu membentuk retakan baru. Pada mulanya sekadar retakan, lama kelamaan akan membentuk lubang kecil dan seterusnya makin membesar lubang tersebut..
LANGKAH-LANGKAH PENYELENGGARAAN
- Menampal Potholes
Adakah wajar pothole seadanya terus ditampal?
Tidak wajar kerana keratan segi empat, 150 mm dari tepi pothole, perlu dibuat dan dibentuk dengan mesin pemotong pavemen, dengan kedalaman keratan tidak kurang dari kedalaman pothole. Penampalam terus pothole tanpa di buat keratan, atas sebab keselamatan pengguna jalan raya di mana seharusnya di tampal dalam tempoh 24jam mengikut Piagam Pelanggan dianggap bersifat sementara.
Boleh terus tampal keratan segi empat?
Foto3: Semburan Tack Coat
Punca-punca
Campuran premix yang tidak sempurna:
• Kadar peratus bitumen yang digunakan rendah;
• Aggregate yang digunakan kotor menyebabkan ikatan di antara aggregate dan asphalt menjadi lemah dan mudah tertanggal.
Kualiti semasa proses turapan dijalankan
• Proses pemadatan (compaction) yang tidak sempurna dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan;
• Suhu semasa proses pemadatan juga tidak mengikut spesifikasi. Perubahan cuaca terutamanya ketika musim hujan mampu melemahkan struktur pavemen. Sistem saliran longkang yang teruk boleh menyebabkan air bertakung dan meresap ke dalam turapan pavemen. Ia akan menyebabkan terhasilnya lubang-lubang kecil seterusnya membentuk pothole yang besar sekiranya dibiarkan dan tidak dirawat dengan segera.
No comments:
Post a Comment