Kegagalan Struktur Pembentung Semasa Pembinaan
Pembentung telah digunakan sebagai salah satu struktur untuk mengalirkan air hujan merentasi jalan raya semenjak ribuan tahun dahulu. Fungsi dan teknologi pembentungan telah berkembang sejak dari itu. Kini fungsi pembentung tidak lagi dilihat dari aspek untuk mengalirkan air hujan semata-mata. Sebaliknya, ia direkabantuk bagi memenuhi tujuan-tujuan berikut :-
- Mengalirkan air permukaan tanpa meninggalkan impak terhadap sistem saliran di kawasan berhampiran.
- Mengekalkan laluan sistem saliran semulajadi.
- Mengekalkan laluan dan habitat hidupan akuatik di kawasan hulu dan hilir dari pembentung yang dibina.
- Memastikan pembinaan sistem saliran permukaan tidak merosakkan struktur tambakan jalan.
- Menambah nilai estetik kepada persekitaran jalan.
Bentuk-bentuk Kerosakan yang berlaku pada pipe culvert dan box culvert yang telah dipasang di tapak bina adalah seperti berikut:-
- Longitudinal hairline crack
- Joint displacement
- Spalling/Exposed reinforcement
- Honeycombs
- Misaligned
- Settlement of pipe sections
- Tilt/Topple
Bagi mengenalpasti punca kegagalan struktur pembentung, Unit Hidrologi & Perparitan telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:-
- Membuat semakan ke atas kesemua dokumen rekabentuk perunding.
- Mengadakan lawatan dan siasatan di tapak bina.
- Mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama pihak perunding rekabentuk dan pejabat JKR yang menyelia tapak.
- Semakan ke atas rekod-rekod pembinaan seperti borang pemeriksaan kerja-kerja saliran, borang ketidakpatuhan (NCR), dari tapak, minit mesyuarat teknikal, rekod penerimaan bahan binaan.
- Rekod ujian proba Mackintosh turut diteliti.
No comments:
Post a Comment