Thursday, January 9, 2014

Cinta Monyet..



         Cinta Monyet...... Aku tahu korang semua tahu apa itu  dan korang sendiri pum pernah terjebak dalam situasi ini, kan3??  Jangan bohong, kita sama-sama share pengalaman pahit kita bersama.  Cinta monyet ni sangat glamour pada alam persekolahan dulu..  Janji nak hidup semati, susah senang bersama...  Itu semua sekadar kata-kata manis sahaja..  Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak, samada laki tau puan..  Yang boleh aku cakap semua sama sahaja..  Keikhlasan dan kejujuran sangat penting di dalam hubungan..  Cinta monyet ni semua orang tahu hanya sementara sahaja..  Biasanya cinta pandang pertama la selalunya di panggil cinta monyet..  Bukan nape, time ni kita semua tak tahu lagi erti sebenar cinta.. hanya nak menggatal jew, tengok laki kacak melting, tengok puan cantik lupa yang hati ini sudah dimiliki..  Sakit sangat bila di sakiti..  Lagi pedih daripada di tikam sembilu bisa..
AKu ada satu cerita, semasa di SMK Kemumin, Pengkalan Chepa pada tahun 2006 dahulu, masa tu Tingkatan 1..  Lelaki ni bernama Mahathir Mohammed, tak sure la ejaan nama dia menda... lupe lupe!! tapi lebih kurang gitu jelah..  Orang panggil Dex, wajah dia ala-ala kacukan korea gitu.. Mesti korang tak percaya, kan3?  Itu pandangan aku la, lagi pom dia mang gila korea la..  Tahun 2006 ni aku sekelas dengan dia, kami kenal agak rapat tapi sayang dia tranfer ke Terengganu kot.. Tak sure la Kuala Terengganu dulu tau Kuala Lumpur dulu..  Yang penting dua tempat tu dia pernah berhijrah pada alam persekolahan nya..

Sekarang ni kami agak jauh, aku sambung belajar di Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam bidang 'Diploma in Civil Engineering' dan dia belajar di TATI University Collage dalam bidang 'Diploma in Graphic Designer'..  
Aku jumpa balik dengan dia melalui laman sosial 'facebook'..  Time tu aku ngaku la aku sudah dimiliki tetapi aku terlalu kejam, aku tak setia dengan Amirul Radzi menyebabkan aku tinggal dia dan memilih Dex...  Jahat kan??  Kalau korang nak cakap aku ni bodoh ke menda ke, silakan...  Mang wajarpom...  Mula-mula dia pikat aku, seriously sweet sangat.. aku tak dapat nak bagi gambaran dekat korang...  Kata dia pada aku time tu, "saya ni bukan jenis perampas awek orang, tu bukan perinsip saya.  Kalau awak nak couple dengan saya jugak, tunggu awak single dulu.."  Time tu aku dah tergilakan mamat tu, apa yang aku buat?? Tinggal lah Amirul Radzi.. Kesian dia jadi mangsa keadaan aku... Sorry Amirul, time tu saya bodoh sangat dan Thanks kerana awak still sudi kawan dengan saya..  Awak tak layak dengan puan kejam macam saya cause awak terlampau baik bagi saya..
Aku dengan Dex couple jarak jauh, dia di Kemaman dan aku di Ipoh.. Agak jauh..  Kami jumpa pum pada hari raya sahaja,  sama-sama balik Kelantan.   Apa yang dia buat dekat TATI langsung aku tak tahu dan apa yang aku buat dekat PUO pum langsung dia tak tahu..  Kalau aku inform dekat dia mana-mana laki, apa yang dia cakap "saya tak nak ambil tau dan tolong jangan buat saya jelous.."  Oh!!! kau fikir jelous kau terhadap aku jew?? Jelous aku kau tak fikir?  
One night ni, dia tunggu aku online facebook, dia tak text aku time tu, katenya tak ada kredit.. Whatever la!!  Dia just nak skype dengan aku.. Oh my God!!!  Time tu aku nak tengok bola, ingat lagi time tu Kelantan vs Selangor..  Aku nak cakap dekat dia yang aku nak tengok bola, sah-sah kene marah..  Dah la dia benci aku tengok bola, maklum la aku nak tengok Piya.. hahhahah... the best player!!! hihihi.. Sweet tak???
Aku tak nak jew web cam dengan dia lantas dia marah aku...  Katanya aku ni tak ambil tahu pasal dia, tak rindu dia la dan bagai la..  Dia cakap aku ni cukup tak memahami dia lagi..  Kate terakhirnya, "saya ingatkan awak dah kenal dan faham saya, rupanya awak belum kenal dan faham saya sepenuhnya..  Saya tinggal awak!!!"  Senang je kau cakap gitu, aku dah macam orang gila di buatnya, menangis dan terus menangis..  Aku mula setia dengan kau la tapi kau hancurkan aku..  Bila di fikirkan balik, mang patut pum aku di layan macam tu sebab aku penah menghukum lelaki yang setia pada aku sebelum ni... Jahat kau NADIA!!!!  Sekarang baru kau rasa macamana perasaan laki yang pernah kau tinggal dulu tanpa alasan yang munasabah......
Kami putus dan satu masa kami rujuk semula, berbaik semula, bagi harapan baru semula...  Sebelum ni kami in relationship di facebook tapi couple buat kedua kali kami menyepi, tak bertegur sapa di facebook walaupun kami ni pasangan kekasih dan sama-sama online facebook..  Aku mula curiga, satu masa ni aku mula stalker facebook dia, setiap status dia ada jew si minah ni comment, aku dah tak sedap hati..  Aku text dia tanya hal yang betul, "saya nak tanya awak, siapa minah ni ( aku lupa nama dia )?  Kenapa awak buat saya macam ni?  Awak jangan cakap yang awak tak kenal dia cause dekat wall minah ni dia cakap hati dia diambil oleh awak??  Apa semua ni?  Sampai hati awak..."  Dia balas text aku dengan marah nya dan ayat terakhirnya dia lepaskan aku sekali lagi..  Aku sedih tak terkata kerana aku ni manusia dan bukan patung permainan..  Bila kami dah putus lagi.. Dorang berdua couple la kot... hurmmmmmmmmmmmm... Tiap kali buka facebook ada jew dia upload gambar minah tu...  Jeles tau tak, minah tu cantik, sexy dan memang havoc la..  Aku menangis sebab orang yang aku sayang di ambil orang..  Tak da siapa yang tau bertapa hancurnya hati ku..  Hampir sebulan aku tak online facebook cause perit sangat tengok orang yang kita sayang bahagia dengan perempuan lain..  Bila aku online semua, aku tengok status Dex cam orang meroyang.. Sal lak ni?? Da putus ka?? Firasat aku...  AHH!!!  Lantak kau lah...  Kisah pulak aku.... Memang dia putus pum!!... Sebelum ni aku couple, sekali je aku tinggal mang aku xkan couple balik...  Bila aku ludah aku tak mungkin jilat semula..tapi dengan Dex tidak!!!  Aku sayang dia sangat.  Aku di beri semangat oleh seseorang...  Setiap hari aku dengar lagu be mine.. 
.














...
..
















..


..
..
..
..

Saya tak pernah marah awak atas segala awak lakukan terhadap saya, malah saya redha yang awak bukan jodoh saya dan saya bukan perempuan yang miliki tulang rusuk awak..  Saya bukan tak nak terima awak buat kali ketiga tapi saya mula berfikir panjang atas pengalaman yang telah saya ada..  Saya sudah perit dengan cinta awak yang hangat-hangat tahi ayam tu..
Alhamdulillah sekarang saya dah jumpa teman hidup yang lebih memahami saya dan banyak mengajar dan mendidik saya..  Doakan saya hingga ke ijab qabul..  Amin~~